Pandemik COVID-19 ini telah menjejaskan kehidupan manusia dalam satu skala yang sangat besar, secara langsung (oleh jangkitan) dan secara tidak langsung (oleh disorganisasi kehidupan setiap hari). Kami ingin menjemput anda untuk menyertai dalam soal selidik kami. COVID-19, personaliti, dan kualiti hidup: Peningkatan diri dalam masa pandemic adalah satu projek antarabangsa pada kepercayaan orang tentang virus COVID-19, apa yang mereka rasa, fikir dan buat berkaitan dengan pandemic, dan macam mana personaliti mereka berkaitan dengan reaksi mereka. Penyelaras projek ini adalah Prof. Magdalena Żemojtel-Piotrowska, Cardinal Stefan Wyszynski University di Warsaw Poland, Cross-Cultural Psychology Centre. Senarai kolaborator national kami boleh dijumpai di CSWU Cross-Cultural Psychology Centre: https://www.crossculturalpsychlab.com/ dan pada Research Gate: https://www.researchgate.net/project/COVID-19-personality-and-quality-of-life-Self-enhancement-in-the-time-of-pandemic

Tujuan kajian ini adalah untuk membuatkan satu inventori menyeluruh tentang reaksi emotional dan kognitif orang terhadap pandemic COVID-19.

Sekiranya anda bersetuju untuk menyertai:
- Kajian ini akan mengambil lebih kurang 20-30 minit
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Anda akan ditanya untuk melaporkan umur, jantina, etnik, agama anda, dan status ekonomi keluarga anda. Kami akan menyoalkan juga tentang bandar yang anda tinggal (lokasi) kerana maklumat ini adalah penting untuk kami membuat analisis. Kajian ini tidak memerlukan nama anda, dan semua data hanya akan digunakan untuk analisis bersama.

Sekiranya anda bersetuju untuk menyertai, sila tekan pilihan “Saya setuju” di bawah. Sekiranya anda memilih untuk tidak menyertai, tekan “Saya tidak setuju” atau tutupkan laman ini.